Saturday, 28 June 2014

Buat Pantun !!

Assalamualaikum ....

Siapa pernah buat pantun ? Kalau yang pernah buat tu komen lah mesti best .

Saya pernah buat pantun nak dengar ??? Nak ... nak ...

Dengar ehhh !!!!

Kelas ceria , bersih sekali ,
Meja disusun dengan rapi ,
Cikgu - cikgunya baik sekali ,
Muridnya pandai berbudi pekerti .

Sedap tak ?
Cuba try buat pantun korang ?

Friday, 13 June 2014

Hafal Sifir ??

Assalamualaikum ... Ada orang tak ?? 

Nak tanya ni ..
Siapa dah hafal sifir  ?
Kalau yang dah / belum komen je saya boleh tolong cara menghafal sifir dengan mudah .. Nak .. Nak ..


Siapa yang belum hafal mari kita menghafalnya bagi memudahkan kita semua ..

Thursday, 12 June 2014

Pengalaman pertandingan bercerita

                



Assalamualaikum ... 


Jom kita baca pengalaman saya .. 



            Pada tahun lepas, saya telah menyertai satu pertandingan iaitu pertandingan bercerita Tahap 2 . Saya telah terpilih mewakili sekolah untuk menyertai pertandingan itu. Saya telah dihantar ke sebuah sekolah iaitu SK Jalan Gurney 1 .
              Setelah sampai di SK Jalan Gurney 1  , namaku dipanggil. Saya terus pergi ke tepi dewan. Saya melihat peserta yang lain ada yang berlatih , berbual  . Saya menyampaikan cerita saya yang bertajuk “ Si Tanggang Anak Derhaka “ dengan bersungguh – sungguh .
                 Setelah pertandingan tamat , saya berasa amat lega .Saya berasa gementar sedikit . Saya duduk diam sambil berzikir perlahan-lahan.
                Beberapa minit kemudian, semua peserta disuruh berkumpul di dewan. Saya terus duduk di kerusi yang telah tersedia. Kami menonton persembahan kumpulan kalam jama’ie. Saya terhibur dengan persembahan mereka.
                Masa yang ditunggu-tunggu telah tiba iaitu penyampaian hadiah kepada pemenang. Saya berasa gementar. Jantungku berdegup dengan laju.Saguhati telah jatuh kepada adik Uzma Farisha Bt Ridzuan ( Tahun 5 ). Saya telah diumum sebagai pemenang saguhati . Walaupun tidak menang tempat pertama , saya tetap bangga dengan diri saya kerana telah berusaha bersungguh – sungguh . 


Buah cempedak diluar pagar , 
Ambil galah tolong jolokkan ,
Saya budak baru belajar ,
Kalau salah tolong tunjukkan ,

Sunday, 8 June 2014

Tuesday, 3 June 2014

Perasaan Apabila Pertama Kali Membuat Blog ..

Assalamualaikum ...


Apa khabar ?
Perasaan saya apabila membuat blog:
- Gembira
- Seronok
- Ceria

Bagaimana perasaan kawan - kawan apabila membuat blog ?
Mari sama - sama kongsikannya .

BYE !!!!